Check Your Label & E-Waste dan Advokasi
16 Julai 2017 | Aktiviti Terkini
Pada kelas kali ini, para peserta telah didedahkan dengan slide Check Your Label dimana mereka digalakkan untuk memastikan bahawa peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan.
Dalam segmen e-waste (e-sisa) pula, para peserta telah didedahkan dengan pengetahuan tentang apa itu e-sisa, punca dan kesan daripada e-sisa yang tidak berhemah. Mereka turut diberitahu cara-cara untuk menguruskan e-sisa dengan betul. Peserta turut digalakkan untuk menghantar e-sisa yang tidak digunakan lagi ke Pusat Internet 1 Malaysia dan menyebarkannya kepada orang ramai.
Selain itu, peserta juga ditekankan tentang pentingnya memeriksa kesahihan sesuatu maklumat sebelum menyebarkannya di laman web Sebenarnya.my. Laman web ini mengajar orang ramai khususnya peserta yang menyertai kelas ini untuk memeriksa samaada maklumat yang disampaikan melalui media sosial adalah benar atau tidak.
Dalam segmen advokasi, peserta digalakkan untuk membuka laman youtube yang berkaitan dengan Klik Dengan Bijak sebagai bantuan supaya mereka lebih memahami tentang segmen ini. Peserta juga digalakkan untuk membuka laman youtube yang berkaitan dengan konsep Do It Yourself (DIY) yang dapat meransang perkembangan minda dimana mereka diberi kebebasan untuk memilih video.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: